Welcome to Kiddie Oasis Online Store | We provide moms and baby essential products and the best educational tools for your little kiddo | Do enjoy SHOPPING in our website =)
FAST DELIVERY ON THE SAME DAY VIA CASH-ON-DELIVERY DIRECT TO YOUR HOME OR OFFICE. SHIPPING OVERSEAS LIMITED TO SINGAPORE AND BRUNEI
RM179.00
Adlil Rajiah : Big Hugs - The Parenting Little Library (Bahasa Malaysia)
Price RM179.00
Product SKU EB0058
Brand Must Read
Size (L x W x H) 14.8 cm x 21 cm x 9 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight
  • Bestselling Parenting Book
  • Tips Keibubapaan
  • Setiap helaian muka surat adalah berwarna
  • Formula mudah dalam mengendali behaviour anak-anak tanpa stress!
  • Dalam Bahasa Malaysia santai dan mudah dihadam

BUKU PARENTING YANG SEDANG VIRAL

Siapa tak kenal pakar parenting Adlil Rajiah yang telah berjaya menghasilkan buku ketiganya berjudul Parents, Welcome to My World. Buku pertamanya 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna dan juga Why So Serious, Parents? telah menjadi antara buku paling bestselling di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC.

 

Buku 1: 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna

ISBN : 9789672250890

Sinopsis :

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.

 

Buku 2: Why So Serious, Parents?

ISBN : 9789672038184

Sinopsis :

Anak tertumpahkan air,marah.

Anak conteng dinding, marah.

Anak lambat membaca, marah.

Semua benda pun nak marah.

Cuba tarik nafas, hembusss….

Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.

Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?

Why so serious, parents?

Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.

Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.

Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.

Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya.

Dan sementara semuanya masih belum terlambat.

Why so serious, parents?

Let’s try to put a smile on our face everyday, and be the funniest, the happiest and the proudest parents to our children.

 

Buku 3: Parents, Welcome To My World

ISBN : 9789672250470

Sinopsis :

Kita kata nak faham anak, tapi kita tak pernah tahu isi hati mereka.

Kita kata nak ajar anak, hakikatnya mereka yang banyak mengajar kita tentang kehidupan.

Mari kita terjun ke dalam dunia anak-anak.
Selami perasaan mereka.
Dengar luahan mereka.

Kerana kita mahu menjadi pendengar nombor satu anak-anak kita, sebelum ‘takhta’ itu diambil oleh orang lain yang entah siapa-siapa.

Walau senaif-naif soalan anak bertanya, “Mama, are you okay?” Jawablah sekurang-kurangnya dengan senyuman. Kerana anak-anak yang kita sangka polos dan tin kosong itu, adalah lampu suluh yang akan membuka jalan untuk kita terus melangkah dalam dunia keibubapaan.

 

Buku 4: How's Your Day So Far?

ISBN : 9789672250906

Mengandungi 123 quotes oleh Adlil Rajiah.

Mempunyai 127 halaman berwarna-warni.

Sinopsis :

Kita stress bukan sebab hidup kita tak terurus,

tapi sebab kita lupa,

yang menguruskan hidup ini bukan kita,

tapi Tuhan.

Dan betapa kita pasti ada Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box
  • 1 x Buku 3 Kertas, 3 Krayon dan 3 Pensel Warna
  • 1 x Buku Why So Serious, Parents
  • 1 x Buku Parents, Welcome to My World
  • 1 x Buku How's Your Day So Far